My Beloved Followers

Monday 7 May 2012

Maafkan Aku Ida....


 Mentari masih belum kelihatan.Kemendungan menambah lagi kemuraman..Burung-burung berkicauan selaku bernyanyi irama rindu..Kekelaman itu terasa begitu menghiris-hiris di kalbu..

    Masih segar dalam ingatanku saat Ida menjatuhkan mP3 kesayanganku..Rosak..Aku terlalu marah walaupun aq tahu dia tidak sengaja..Berkali-kali Ida meminta maaf dan sebanyak itu jugalah aq menengking dan memarahinya..Sakit hati bukan kepalang..Dia berlalau dengan titisan air mata di pipi mulusnya..Nilai persahabatan sudah tidak wujud di sanubariku..Aku terlalu mengikut perasaan amarahku..

    Semenjak itu , kami mula bermusuhan..Kalau bertembung pon aa tidak mahu..Apalagi untuk memberikan senyuman..Teringin pon tidak..Walaupun Ida sering memulakannya  , aq tetap dengan pendirianku..

    
Sudah seminggu Ida tidak hadir ke sekolah..Perasaan rindu mengetuk pintu hatiku..Kadang-kadang aq sendiri keliru..Adakah aq rindu akan kemesraan persahabatan dulu atau rindu untuk menyindirnya..??Tapi aq pasti , aq mula rindu akan senyuman , tawa , butir bicara , dan persahabatan kami..Ke mana Ida...??

    Aq jadi tidak keruan.Ke kanan tidak ke kiri pun tidak..Aq akan mencuri pandang sekiranya melintasi kelas Ida tetapi tempatnya kosong..Inginku tanya pada sahabat-sahabatnya , tetapi takut disindir..Sahabat aq..?? Heh..!! Lagilah.Buat malu saja..Hampir semua orang tahu akan permusuhan kami namun tiada siapa tahu puncanya..Kecuali aq dengan Ida..

   
Tiba-tiba mataku menangkap kelibat Ida di luar jendela.Memandang aq dgn sayu..Aku berlari keluar sambil menyebut namanya tetapi Ida beredar dri tempat td..Aq memanggil lagi..Ida menoleh..Kelihatan deraian air matanya membasahi pipi.."Maafkan Tini , Ida" luahku bersungguh-sungguh..Ku lihat Ida menggeleng dan menyambung "Tidak , Tini..Mungkin dulu boleh tapi kini sudah terlambat..Kita telah dipisahkan antara dua alam..Dunia kita berbeza , Tini"..Air mataku semakin deras.."Ida! Jangan tinggalkan Tini lagi..Tini mintak maaf,"rayuku pada Ika..Sehelai selendang putih kepunyaan Ida melayang ke arahku..Aq menyambut dan membaca tulisan di atasnya , "Selamat Tinggal Sahabatku"..

   
"Ida!" aq terjaga..Tubuhku berpeluh..Kedengaran pintu bilik di ketuk..Aq menarik nafas panjang dan melangkah longlai..Kakak menghulurkan sepucuk telegram..Hatiku berdebar-debar..Aq membaca isi telegram tersebut..Tanganku mula menggeletar..Kepalaku terasa berat , kaki terasa lemah , badanku terasa ringan dan aq umpama berada di awangan..

    Apabila aq membuka mata , ahli keluarga telah berada di sekelilingku..Air mataku berguguran tidak tertahan lagi..Ibu turut menangis seakan tahu perasaan yg menghantui aq..Senyuman Ida mula terbayang-bayang..Tawa Ida terngiang-ngiang seakan baru semalam berlaku..


   Ida! Bahagianya rasa andai kau dapat mendengar di saat ini..Ida! Maafkan aq..Aq tidak menyangka keegoanku akan menamatkan persahabatn kita buat selama-lamanya..Kejamnya aq membiarkan kau menderita sendiri..Ida , untuk pengetahuanmu aq lebih rela mati dahulu sebelum kau Ida..Kenapa tidak dari dahulu kau menjelaskan tentang penyakit barah otak yg kau hadapi..Aq menyesal , Ida..Aq terkilan kerana tidak dpt melihatmu dan seterusnya memohon maaf kepadamu buat hari terakhir..

   
Hari ini aq hanya mampu mendoakan kesejahteraanmu di alam barzakh dan semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohmu..Insya ALLAH andai ada masa aq akan ke Kedah untuk mengunjungi kuburmu..Maafkan aq , Ida......





jgn jdi kan ego pemutus hubungan persahabatan yg telah lama di bina..



*copy je n hanya dongeng..

                                   TERIMA KASIH,GRACIAS

No comments:

Post a Comment