My Beloved Followers

Monday 7 May 2012

10 amalan yang TERBALIK (part 2)


1.Bulan puasa bulan mendidik nafsu termasok nafsu mkn berlebihan.Tetapi , kebanyakan kita mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam di bulan Ramadhan adalah yg tertinggi dari bulan2 lain setiap tahun.Sepatutnya , perbelanjaan di bulan puasa lah yg pling sedikit...bukankah terbalik amalan kita..???

2.Kalau nk mengerjakan haji , kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelom bertolak ke Mekah.Tapi , apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir , maka di buat kenduri , bukan kerana nk bermusafir di buat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik..?Atau kita mempunyai tujuan yg lain..??

3.Semua ibu bapa amat risau kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan.Maka di hantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak tahu solat , bace Al-Quran , tak bimbang pula.Bahkan tak mahu hantar anak tersebut ke kelas tuisyen Al-Quran atau ke kelas khas mempelajari Islam.Kalau guru tuisyen sanggup dibayar RM50.00 satu matapelajaran lapan kali hadir , tapi kepada tok guru Al-Quran nk bayar RM15.00 sebulan , dua puloh kali hadir pon menggeletar tangan nk hulur..

4.Kalau bekerja mengejar rezeki ALLAH , tak kira siang , malam , pagi , petang ,mesti pergi kerja..Hujan , rebut tetap diharung kerana nak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah ALLAH ( masjid ) tak hujan , tak panas , tak rebut pun tetap tak datang-datang ke masjid.Rezeki di minta , tapi nk ke rumahNYA , berat sungguh rasanya.

5.Seorang isteri kalau nk keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak , bukan main lagi berhias.Tetapi kalau duduk di rumah , masyaALLAH...sedangkan apa yg dituntut ialah seorang isteri itu berhias untuk suaminya , bukan berhias untuk org lain.Perbuatan amalan yg terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia..

Sabda Rasulullah SAW:
"
sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"... ( Riwayat Bukhari)

                         TERIMA KASIH.. :)

No comments:

Post a Comment