My Beloved Followers

Monday 7 May 2012

10 amalan yang TERBALIK (part 1)


1.Amalan kenduri arwah yg beberapa malam yg di lakukan oleh keluarga si mati selepas kematian ( malam      pertama,kedua,ktiga,keempat dan seterusnya ) Adalah amalan terbalik dari apa yg dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tertangga memasak makanan utk keluarga si mati utk meringankan kesusahan dn kesedihan , terpaksa pula menyadia makanan dan belanja utk mereka yg dtg knduri tahlil.Tidak kah mereka yg hadir mkn kenduri tersebut khuatir kalau2 mereka termakan harta ank yatim yg di tinggalkn oleh si mati atau harta peninggalan si mati yg belum di bahagikan kepada ank yg berhak menurut Islam?

2.Kalau hadir walimatulurus ( kenduri kahwin ) org kerap "bersalam berisi" ( hadiah wang yg di beri semasa bersalam ). Kalau tiada duit nk di kepir dalan tangan , maka segan nk hadir ke kenduri tersebut.Tetapi , kalau menziarahi org mati , tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah patut diberi sedekah.Kalau kenduri kahwin , tak bgi pon tak apa kerana tuan rumah dtg pnggil untuk memberi makan , bukan untuk menambah pendapatan..

3.Ketika mengahadiri majlis formal , kita berpakaian cantik dan kemas tetapi bila menghadap ALLAH , baik di rumah atau pun di masjid , pakaian lebih kurang saja , bahkan ada yg tak berbaju..

4.Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan , kita rasa segan nk makan sampai habis apa yg di hidangkan..Sedang  kan apa yg di tuntut habiskan apa yg di hidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir..

5.Kalau solat sunat di masjid amat rajin , tapi kalau di rumah , sgt malas..Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat bnyak di lakukan di rumah seperti yg di anjurkan Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak..

No comments:

Post a Comment