My Beloved Followers

Monday, 7 May 2012

Petua Orang Cemerlang


  whink..whink..

holla.. :') oke..hari ini sgt membosan kan..haha..ari2 duduk rumah..nothings to do..so sambil2 duduk melangak terlintas nk share sesuatu..PETUA ORANG CEMERLANG..so sape2 yg nk cemerlang follow laa petua ni..btw sape yg x nk cemerlang kan..?/semua orang nk..haha..ape laa sy ni..nga sewel skit memng mcm ni..sume berterabur..haha..:D

1.Orang Cemerlang SENTIASA mencari hikmat atas apa setiap yg berlaku..Orang Cemerlang SENTIASA redha dan bersyukur..

2.Orang Cemerlang SENTIASA bersangka baik kepada orang lain dan bersedia menerima teguran dan nasihat daripada org lain..
3.Orang Cemerlang SENTIASA fokus pada kejayaan dan mempunyai visi dan misi yg besar dan bermakna..

4.Orang Cemerlang SENTIASA mencari keberkatan dalam setiap tindakan yg di lakukan.Ini dapat di capai dgn niat yg murni , bekerja dgan ikhlas , serta bersungguh2 dan sebagainya..

5.Orang Cemaerlang SENTIASA melakukan setiap kegiatan sebaik mungkin.Komitmen terhadap tugas amat tinggi dan sentiasa membuat persediaan rapi..

6.Orang Cemerlang SENTIASA merancang setiap tindakan dgn rapi dan sistematik..

7.Orang Cemerlang SENTIASA ceria dan bersemangat.Gunakan pelbagai kaedah dan cara bagi memastikan kita ceria dan bersemangat setiap hari..

8.Orang Cemerlang SENTIASA membentuk niat yg murni untuk setiap kegiatan yg di lakukan..

                                       TERIMA KASIH.. :)

10 amalan yang TERBALIK (part 2)


1.Bulan puasa bulan mendidik nafsu termasok nafsu mkn berlebihan.Tetapi , kebanyakan kita mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam di bulan Ramadhan adalah yg tertinggi dari bulan2 lain setiap tahun.Sepatutnya , perbelanjaan di bulan puasa lah yg pling sedikit...bukankah terbalik amalan kita..???

2.Kalau nk mengerjakan haji , kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelom bertolak ke Mekah.Tapi , apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir , maka di buat kenduri , bukan kerana nk bermusafir di buat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik..?Atau kita mempunyai tujuan yg lain..??

3.Semua ibu bapa amat risau kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan.Maka di hantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak tahu solat , bace Al-Quran , tak bimbang pula.Bahkan tak mahu hantar anak tersebut ke kelas tuisyen Al-Quran atau ke kelas khas mempelajari Islam.Kalau guru tuisyen sanggup dibayar RM50.00 satu matapelajaran lapan kali hadir , tapi kepada tok guru Al-Quran nk bayar RM15.00 sebulan , dua puloh kali hadir pon menggeletar tangan nk hulur..

4.Kalau bekerja mengejar rezeki ALLAH , tak kira siang , malam , pagi , petang ,mesti pergi kerja..Hujan , rebut tetap diharung kerana nak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah ALLAH ( masjid ) tak hujan , tak panas , tak rebut pun tetap tak datang-datang ke masjid.Rezeki di minta , tapi nk ke rumahNYA , berat sungguh rasanya.

5.Seorang isteri kalau nk keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak , bukan main lagi berhias.Tetapi kalau duduk di rumah , masyaALLAH...sedangkan apa yg dituntut ialah seorang isteri itu berhias untuk suaminya , bukan berhias untuk org lain.Perbuatan amalan yg terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia..

Sabda Rasulullah SAW:
"
sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"... ( Riwayat Bukhari)

                         TERIMA KASIH.. :)

10 amalan yang TERBALIK (part 1)


1.Amalan kenduri arwah yg beberapa malam yg di lakukan oleh keluarga si mati selepas kematian ( malam      pertama,kedua,ktiga,keempat dan seterusnya ) Adalah amalan terbalik dari apa yg dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tertangga memasak makanan utk keluarga si mati utk meringankan kesusahan dn kesedihan , terpaksa pula menyadia makanan dan belanja utk mereka yg dtg knduri tahlil.Tidak kah mereka yg hadir mkn kenduri tersebut khuatir kalau2 mereka termakan harta ank yatim yg di tinggalkn oleh si mati atau harta peninggalan si mati yg belum di bahagikan kepada ank yg berhak menurut Islam?

2.Kalau hadir walimatulurus ( kenduri kahwin ) org kerap "bersalam berisi" ( hadiah wang yg di beri semasa bersalam ). Kalau tiada duit nk di kepir dalan tangan , maka segan nk hadir ke kenduri tersebut.Tetapi , kalau menziarahi org mati , tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah patut diberi sedekah.Kalau kenduri kahwin , tak bgi pon tak apa kerana tuan rumah dtg pnggil untuk memberi makan , bukan untuk menambah pendapatan..

3.Ketika mengahadiri majlis formal , kita berpakaian cantik dan kemas tetapi bila menghadap ALLAH , baik di rumah atau pun di masjid , pakaian lebih kurang saja , bahkan ada yg tak berbaju..

4.Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan , kita rasa segan nk makan sampai habis apa yg di hidangkan..Sedang  kan apa yg di tuntut habiskan apa yg di hidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir..

5.Kalau solat sunat di masjid amat rajin , tapi kalau di rumah , sgt malas..Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat bnyak di lakukan di rumah seperti yg di anjurkan Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak..